javascript:void(0) Save

hari terakhir dalam sejarah hidupku

inchik sparky ingin mengucapkan
selamat menyambut tahun baru 2009
semoga tahun 2008 menjadi kenangan
berharap semoga tahun 2009 menjadi lebih baik
dari tahun-tahun sebelumnya
di kesempatan ini juga inchik sparky memohon maaf jika terdapat
sebarang kesilapan or kesalahan yang nampak mahupun yang tak nampak
+ hepiii new year +
esok cuti
...yahoo...

mana satu nak pilih nie...dia or si dia

+ adoiyaiii +
mane satu nak pilih nie aku jadi keliru plak
nak pilih city or model city
+ tolong..tolong..tolong +
bantu inchik sparky
dua-dua aku suka
tak pandai nak buat pilihan
korang je la yang tolong pilih kan
he..he..he

petua mujarab jika terjadi pada anda

" cara-cara nak cover malooooo "
+ Kalo tersepak batu +

Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan
terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai lepas tu baru bgn
bila takde orang nampak
+ Kalo terjatuh beskal +
cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla
lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak
+ Kalo terjatuh tangga +
terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan
dengan makhluk halus
+ Kalo terjatuh dalam longkang +
pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat pasti orang menyangka anda seorang yang
amat prihatin terhadap kebersihan
+ Kalo jatuh ketika nak naik bas +
jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?"
walaupun tiada orang di blakang anda
+ Kalo terjatuh di dpn bus stop +
terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu
anda kalo takde baring terus sampai malam dan takde orang lagi
kat bus stop tu haa..ni lah masa sesuai untuk bangun semula
+ Kalo tgelincir kat lantai licin +
tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang
je yang dapat malu...ye tak?

teknik-teknik menjawab tepon dengan betul

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah dan kebanyakannye sama.terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul,jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye
(tak le korang boring sangat kalu jadi operator)
+ haloo.may i speak to luffy please? +
maap.sini bukan balai polis
+ haloo..siapa disana?+
ntah,saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane
+ haloo,leh sy bcakap ngan ayah awk? +
nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya
+ haloo,bleh sambungkn ke nombor 323? +
maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur
+ haloo,mak ade rumah? +
mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli
+ haloo galuh,buat ape tu? +
kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni
+ boleh saya bercakap ngan uji? +
maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye.time kacih.
+ halo tolong panggilkn hanis.sy nk bcakap dgannye +
sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
+ halloo... .. +
haloo.pusat sakit mental disini.anda ingin mendaftar?
+ haloo.saya nak tumpang bertanya.. +
maap.ini bukan kaunter pertanyaan
+ haloo.betul ke ini nombor 3234412? +
sila dail sekali lagi.kalu saya masih menjawab betul le tu
+ assalammualaikum +
waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib)

patutla math aku xdapat A1


+ soalan math yg mencabar minda +
patut la math aku dapat A2 jek
maybe silap kat sini kot
he..he..he
tuk semua adik-adik yang bakal nak amik spm tahun depan
jangan lupa soalan mcm nie
+ skema jawapan +
semoga berjaya
lalalalalalalalalalala

kernaterpaksa ditag oleh cik miellza

+ 7 ciri wanita/lelaki idaman anda +
- menghormati orang tua,soleha,pandai menjaga agama islam -
- pandai menjaga maruah diri,pandai menjaga maruah suami -
- pandai menjaga maruah keluarga,bertanggungjawab -
+ 7 Lelaki/wanita yang tak pernah anda +
+ minati sepanjang hidup +
- tak menghormati orang tua,hipokrit -
- tak pandai menjaga agama,tak pandai menjaga maruah diri -
- tak pandai menjaga maruah suami -
- tak pandai menjaga maruah keluarga,tak bertanggungjawab -
+ 7 perasaan sekiranya keluar dengan +
+ seseorang yang anda minati +
- suka suki,gumbira,suka suki,gumbira,suka suki,gumbira,suka suki -
+ 7 tempat istimewa yang ingin dilawati +
+ bersama pasangan anda +
- danga bay,city square,komtar,kota raya,jusco,tesco,angsana -
+ 7 sesuatu istimewa yang mungkin +
+ akan anda hadiahkan pd pasangan anda +
- harimau,singa,penguin,panda,gajah,kuda,badak -
+ 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan +
+ untuk pasangan anda +
- singkong&keju,tepuk amai2,enjit2 semut -

cerita cik pontianak yang menyeramkan

Pada suatu malam, 3 ekor pontianak sedang
bertenggek di atas pokok
sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing
Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat.
Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun
membuktikan kehebatan masing-masing
[.............................................................]
Pontianak A terbang dengan sepantas kilat
15 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut.
Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A
Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.
[.............................................................]
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A
10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut
Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi malah pada
keseluruhan mulut pontianak tersebut
Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
[.............................................................]
Pontianak C pula terbang lebih pantas dari
Pontianak A dan B dalam masa 5 saat je dia kembali
ke pokok tersebut
Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut
malah pada ke seluruhan muka pontianak tersebut
Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak
hee..hee..hee

satu malam bersama mereka

farewell cik amalina
( cik ein chubby )
lokasi
+ seafood kg pasir putih +
:: 3 dara pujaan ::
+ cik azie kering + cik ein chubby + cik yat gebu +
menunggu makanan sampai sambil makan otak-otak
inchik sparky yang sedang kebuluran
+ inchik adam kerempeng membuat aksi separa lucah +
+ di depan khalayak ramai +
+ cik ein chubby cover ayu dengan sikap menggong kawannya +
+ menu +
nasi putih + ikan siakap 3rasa + tomyam campur
+ sotong tepung +
telur bungkus + kangkung belacan
[....................................................................]
selepas melantak kami menuju ke destinasi seterusnya
+ bowling +
tujuan untuk melepaskan geram dan membakar kalori
+ team +
inchik sparky + cik yat gebu
vs
inchik adam kerempeng + cik ein chubby
+ cik ein chubby agak menyesal dengan pasangannya +
+ inchik adam kerempeng terkejut mlihat aksi inchik sparky +
sebelum balik sempat
inchik adam kerempeng + cik azie kering
menunjukan aksi-aksi gedix mereka

inchik sparky ingin mengucapkan terimas kepada semua yang
terlibat pada malam itu lebih2 lagi tajaan makanan oleh
+ cik ein chubby +
:: good luck ::

baju cinta

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya
yang baru berkahwin.
Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya
membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya
Belum sempat si nenek bertanya
si cucu berkata,
"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!
Yang kau telanjang tu kenape!!!??? " marah si nenek.
" Ala nek, ini la BAJU CINTA saya," balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu
suami saya akan berasa malu melihat saya memakai
BAJU CINTA ini di hadapan nenek."Pinta si cucu dengan penuh hormat.
Si nenek faham kehendak cucunya.
Dia fikir mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami.

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea
Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah tentu dia dapat
mengeratkan hubungannya dengan si atok (suaminya) yang sudah berumur.
Sesampainya di rumah,
si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi,
berbedak dan memakai minyak wangi sewangi- wanginya.
Dia menuggu kepulangan suaminya dengan sabar.
Beberapa ketika si Atok pun pulang.
Sebaik saja pintu di buka,si Atok terkejut sakan melihat si nenek (isterinya)
berbogel di depan pintu.
"Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???" marah si Atok.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek.
"BAJU CINTA???.... . Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!"

terkejut hujan datang jb pagi-pagi

+ hujan +
cerita pagi nie nak cerita pasal hujan
" tapi "
bukan cerita pasal kumpulan hujan
lebat betul hujan pagi nie area kawasan jb
semua mesti lemah kalau hujan dipagi hari
+ rasa mcm malas nak mangun & pi keje +
+ perjalanan kt menjadi lambat +
+ jalan licin tak leh rempit +
+ sejuk tak terkata +
walau apa pun terjadi perjalan hidup dan keja
mesti diteruskan jua
+ selamat pagi dan selamat hari rabu +
bagaimana cuaca ditempat anda dipagi nie
marilah kongsi suka suki di pagi hari.
terima kasih kepada penaja sarapan pagi
- cik hanis -

ngeerriieenyaa


tak sanggup nak tgk bila terjadi mcm nie

+ ngeeerriieeeennyyaaa +

hati dan perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa
Dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
Dengan nikmat pemberian & hikmat di sebalik pemberian tersebut
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup
Yang lain akan terbuka tapi lazimnya
Kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama
Hinggakan kita tidak nampak
Pintu yang telah pun dibukakan untuk kita
Kawan yang paling baik adalah insan yang boleh duduk di dalam buaian
Dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
Dan kemudiannya berjalan pulang dengan perasaan
Bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah di alami
Memang benar kita tidak akan tahu
Apa yang telah kita punyai, sehinggalah kita kehilangannya
Dan juga benar kita tidak tahu
Apa yang kita rindukan, sehinggalah ia datang
Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup
Untuk membuatkan diri kita menarik
Percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat
Kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan
Dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia
Selalu bayangkan diri kita berada di dalam situasi seseorang
Jika kita terasa ianya menyakitkan kita
Fikirkanlah yang ianya mungkin menyakitkan orang lain juga
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya
Dalam memiliki segala yang terbaik
Kita hanya membuat yang terbaik di dalam hampir apa sahaja
Yang datang di dalam perjalanan hidup kita
Kebahagiaan terletak pada mereka yang menangis, terluka
Dan mereka yang telah mencari dan mencuba
Hanya mereka sahaja yang boleh menghargai
Kepentingan manusia yang telah menyentuh kehidupan mereka
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
Kehidupan lalu yang telah dilupakan
Kita boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
Sehinggalah kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam
Semasa kita dilahirkan, kita menangis
Dan orang di sekeliling kita tersenyum
Teruskanlah hidup ini supaya
Apabila kita mati nanti
Kita yang akan tersenyum
Dan orang di sekeliling kita pula yang akan menangis

ada ape dengan tarikh 21/12/2008

ibnu fakri + erma lilo
semalam tarikh yang penuh bermakna buat kawan sekelas aku
inchik ibu fakri
yang mendirikan mahligai impian mereka bersama orang tersayang
di kesempatan ini inchik sparky ingin mengucapkan selamat pengantin baru
semoga kekal sehingga akhir hayat dan tabah menghadapi liku-liku berumah tangga
... AMIN ...
bila la turn aku lak nak mendirikan mahligai impian
siapa pasangan aku dan bila tarikh nya
tu yang kt tak tahu
hepiiii belated birthday to
kak hurul
(opis mate yang brutal lagi samseng kg dusun)
cisss... dia merahsiakan nya dari ku
walauapa pun
semoga penjang umo dan dimurahkan rezeki
semoga menjadi wife dan mummy yang terbaik tuk
family mu

capek sungguh hari itu

kisah dihari sabtu minggu ke tiga
enjoy..enjoy..enjoy
cik yat gebu dah plan nak ajak pi pc fair
disebabkan masalah teknikal terpakse dibatalkan hasrat dihatinya
sob..sob..sob
oleh kerana itu
cik hazie kering pulak membuat cadangan baru mengajak pi
jusco untuk shoping kerna tgh sale
inchik sparky & cik yat gebu
layan kan jek
ktorg gerak pas zohor
+ cik yat gebu asyik memilih baju +
dah jadi kebiasaan girl2 bila bshoping semua kedai dia nak masuk
tapi inchik sparky xkisah
layan n suka jalan2 temankan girl2 nie
cik hazie kering sibuk memcari hadiah tuk kawan nya
semperna cristmas
fening pale otak dia, serabut tiub-tiub dalam pale dia
+ kesian +
banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak beli ape
akhirnya sudah berjam-jam berjalan dia membuat keputusan
nak beli perfume body shop jek
+ adoiyaiii +
setelah penat selongkah kedai-kedai yang ada di jusco
perut mula menyayi riang dan cacing2 mula bergado
mencari tmp perhentian bagi menyelasaikan masalah perut berbunyi
setelah difikir-fikir baik buruk nya
kami akhir nya kesitu tanpa menoleh kebelakang lagik+ kenny rogers +
aku terus melantak tanpa segan-segan silu dan rakus nya tapi
sempat baca doa makan dulu
sungguh asyik cik yat gebu sedut air.penat sgt la tu.mahu tak nya
satu jusco dia geledah
cik hazie kering pula tgh sibuk msg ngn inchik naga dia la tu
terserlah wajah-wajah kepuasan dan kegembiraan mereka
cite punya cite masa dah menunjukan pukol 8
inchik adam & inchik zaidi @ makalele
mengajak tgk movie cite cicakman 2
nak tak nak layan kan jek mamat-mamat nie
setelah mereka smpai
cik yat gebu & cik hazie kering
ingin pulang ke rumah
walaupun berat ati ku melepaskan mereka pegi
tapi aku terpaksa meningalkan mu
maafin aku ya
he..he..he

skali tgk tiket kul 11.55 jek yg ada
ciss..tiket kul 9.20 dah penuh
nak tak nak terpaksa la beli gak
nak tunggu lama ktorg cari la kedai mamak
lepak-lepak ngeteh
sehingga la sampai masa nya dan terus lik uma pas movie berakhir
capek sungguh satu hari ku bersama
cik yat gebu + cik hazie kering
inchik adam + inchik zaidi
yang pnting kt enjoy dan hepiiiee

teknik seribu bayang tag uji

+ promotkan nama korang dengan +
+ secantiknya atau sekreatifnya++ letakkan picture yang paling korang +
+ suka maupun sape-sape suka + + picture yang korang tak suka atau +
+ mungkin comot sikit ++ list stuff yang paling korang sayang giler +
inchik-inchik turtle+ 3 perkara pelik tentang korang +
- nil -
- nil -
- nil -
+ 3 lagu terpaling gemar +
- st 12 -
- bunkface -
- sixth sense -
+ 2 filem yang paling best +
- transformers -
- fast and furious -

monink uolls

+ monink uolls +
selamat hari senin dan selamat menjalankan tugas
kepada semua blogger
semoga hari ini mendapat keredhaan dan keberkatan
daripadanya
semoga hari ini lebih baik daripada
hari-hari sebelumnya
ceria-ceria selalu dan ukirkan
1001 senyuman tanpa 1001 sebab dan alasan
_ _
[0] [0]
v
[----------]

teknik penyeruan tag

Mogen Alirico ataupun Aidil Amir
26 berjaya hidup
anak ke 3 daripade 4
lahir kat "Pontian", skrg kampung kat "Kluang", bermastautin di bahrain
Tidak bedarah kocakan. Berdarah panas dan berjenis "o" yang berwarna merah jambu
Belom lagi kawen tapi nak kawennn..nakk nakk (erkk tergelojoh plak)
Nak jadi ninja.
(atas nasihat uji terpaksa kuruskan badan dulu)
Mempunyai tenaga dalaman mahupon batin yang amat tinggi
( kuasa bankaii tertinggi)
Suka melantak makanan tanpa batasan
Suka belajar masak dari sifoo galuh
Suker mengembara utk mempelajari hikmat2 ninja utk mengambil gamba dan mendalami ilmu makan tanpa perasaan
Suke tak mandi sebab nak jimat air.
( cara hidup ninja mmg mcm nie)
[-----------------------------------------------------------]sparkystar a.k.a mohd razlan aziz
seorang yang nakal + degil
suka jalan-jalan cari pasal tanpa sebab dan alasan
suka mandi manda tapi tak suka mandi laut
suka melalak angan-angan nak masuk AF
berminat dalam dunia bersukan
teringin nak blaja drift
suka menonton dan tonton movie
kurang minat membaca novel
suka main masak-masak dan melantak kat rumah
suka pada kanak-kanak dan minatang
suka cekelat dan icekrim
minat tengok cite tatonn

:: bbluuueeewwwkkkkk ::

saat sengal2 ubi dah tiba time nie
dah tak de keje lain
melepak jap hilangkan lelah didada
lokasi : tesco extra
tujuan yang tak pasti mencari sebab serta alasan
korang jangan tanya nape aku letak pic nie
so korang buleh la tgk blog

kalau tak puas hati bacalah


mungkin semua orang penah buat silap
cuma kesilapan yang mcm mane tu kt tak tahu
di kesempatan ini inchik sparkystar
nak mintak maaf kepada semua blogger
jika ada tersalah ckp, tersalah kata
terkumen yang bukan-bukan ke
(walaupon aku rasa takde)
maafin aku terutama kawan-kawan blogger
dan insan yang tersayang
(sape yg tsayang tu korang tak payah la tahu)
tak baik bermusuhan
berbaik la semua erat kan silaratulrahim
sesama umat tidak kira
+ pangkat + darjat + bangsa + agama + jantina +
:: buang yang keruh ambil yg jernih ::

kali terakhir melihat dirimu yang seksi

beraksi + teraksi + menyaksi
itu la inchik mamat wat kali terakhir
dalam club badminton
corak permainan yang agak baik
memberi potensi untuk terus maju kehadapan
he..he..he
+ aksi-aksi yang terlampau buat kali terakhir +
+ tak pasti aksi apa kah itu +
" itu yang kt nak tahu "
+ pandang-pandang @ jeling-jeling +
+ kasut adidas yang ditaja +
+ haibat sungguh main tak power mane pun +
+ bro shamir vs bro love +
+ keletihan selepas beraksi +
+ permain import dari nigeria +
sudah lama menetap di malaysia
fasih berbahasa melayu
mempunyai gaya seorang jaguh
(gaya jek lebih mamat nie)
rambut ala-ala
+ maggie + mop + buah rambutan +
kawan inchik sparkystar
:: name ::
zaidi @ makalele

kuih donat

+ kuih donat +
donat nie sangat gebu dan sangat sedap rasanya
semalam petang uji dan kak hurul bercerita tentang
+ donat kak ju +
donat nie bukan tiap-tiap hari dia jual
ada hari-hari dia jek yang dia wat
lalu dengan keazaman yang jitu aku
merelakan badan ku tuk membelinya
kini menjadi santapan di pagi hari ku
tiada sebarang tempahan
+ harap maklum +
hanya kongsi suka duka dipagi hari
nghe..ngeh..ngeh

cerminkan diri anda


Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di
dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok.2 tingkat lagi
tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan,
sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan.
Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang
mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik
cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas
rumahnya tanpa pengetahun isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan,
dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya
sehinggalah satu hari, si isteri naik
pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan
lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak
cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.so,
dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri
perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak
Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin
lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok
perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

kenangan mengusik jiwa

+ farewell mamat+
kau pergi jua akhirnya sekian lama
bertahta disini
kenangan bersama mu akan ku simpan jadi kenanganenchik mamat yang sedang gumbira menikmati makanan
yang ditaja olehnya dan dimasak oleh cik hanis
mee hoon + kari ayam + bubur pulut hitam
+ keghairah menikmati juadah +
+ sila tambah jangan malu-malu +
[-----------------------------------------]
di kesempatan ini
:: inchik sparkystar ::
ingin mengucapkan berbanyak
+terima kasih+
di atas juadah yang disajikan dan ingin
memohon maaf jika terdapat kesalahan yang
dilakukan selama perkenalan kt
+good luck+
[-----------------------------------------]

sadis di petang hari

:: gambar hiasan ::


mencuri + pencuri + dicuri
kenapa dorg nie masih mencuri hak orang lain
dah tak de keja ke asyik nak mencuri jek
kalau barang si pencuri hilang tahu plak nak marah
kesian member aku smalam
semangat nak balik rumah berkoba-koba
sambil menuju parking
tenguk motor dah tak de
+ sadis +
mahu meraung member aku tenguk motor dah tak de
roadtax dan kunci rumah kat motor
lagi la bertambah
+ hambar +
insaf la kepada pencuri-pencuri semua
semalam hari kau memang baik
esok lusa hari kau plak
dah kena tangkap kena pukul
merayu tak nak buat lagi
tapi sebelum buat tak nak plak kau pikir
sape-sape nak kongsi pengalaman
sparky alu-alukan

berani sahut cabaran

+ adoiiiyaiiii +
cantik + menarik + tertarik+
kek birthday tuk girl
sayang nya lau nak makan lau dah cntik2 mcm nie
korang rasa bape harga kek nie
korang cuba la teka
jawapan akan menyusul kemudian
hadiah menanti anda semua
..toink..toink..toink..

kadang kala


+Kadang kala+
ketika kita menangis
tiada orang nampak tangisan kita
+Kadang kala+
ketika kita sedang menderita
tiada orang nampak derita kita
+Kadang kala+
ketika kita risau
tiada orang nampak kerisauan kita
+Kadang kala+
ketika kita gembira
tiada orang nampak kegembiraan kita
+Kadang kala+
ketika kita ketawa
tiada yang tahu hati kita terluka
+kadang kala+
ketika kita rindu
tiada orang yang nampak kerinduan kita
+kadang kala+
ketika kita marah
tiada orang yang nampak kemarahan kita

tapi kalau "kentut" sekali je cukup
Semua orang tau!!
ngeh..ngeh..ngeh

beronak berduri

terkilan + sedih + hiba + sayu
kenapa semua nya harus terjadi
dalam kehidupan seharian terdapat pelbagai
perkara yang
penting + tidak penting
pelbagai perkara yang mempunyai
maksud + makna
tersendiri
mahupun penting ataupun tidak
jika benda yang penting dianggap
- remeh temeh -
bagaimana nak merungkap sesuatu perkara yang
tidak penting apatah lagi perkara yang penting
apakah perkara penting yang membolehkan
seseorang itu
mengerti + menganggap
perkara tu penting
susah untuk berkata-kata apatah lagi
untuk memberi pengertian tentang perkara
...penting...
mana pergi nilai-nilai kematangan seseorang
bertindaklah sendiri sebelum orang lain
menyuruh anda bertindak
[lu pikir la sendiri]