sungguh indah kalau aku ada semua warna-warna ini, aku rasa aku lah orang paling hebat kerana aku boleh pilih mana-mana warna yang aku suka tuk mencorakn dan mewarnai kehidupan yang kau mahukan dari aku tapi aku tidak mempunyai semua warna-warna yang kau pinta kerana aku bukan la seorang yang sempurna dari segi segala-galanya.aku adalah aku yang kau lihat sekarang akan tetapi tak bermakna aku tidak berusaha dan cepat mudah berputus asa tuk mencari warna yang kau mahukan,aku akan berusaha untuk mencarinya demi kau dan aku kelak.cuma yang aku harapkan dari kau hanya la doa buat ku supaya aku terus mencari tanpa ada rasa bosan,lelah, dan bukan kerana terpaksa.aku ingin melihat kau bahagia dan selalu tersenyum bila bersama ku..
andai kata aku GAGAL tuk mencari warna yang kau pinta dalam masa yang terdekat, jangan lah kau sesekali kecewa,meragui dan mhukum aku atas kelemahan aku kerna warna yang kau pinta itu mungkin sukar aku dapatkan tapi aku sanggup meredah hutan belantara, berenang di tengah lautan dan aku sanggup terbang kesana demi warna kesukaan mu. biar la aku dikelilingi bahaya atau mati,ombak yang bgelora,angin yang kencang ketika aku berada di tengah lautan kelak.cuma aku nak kau tahu yang aku berusaha tuk dapatkan warna yang kau pinta itu walaupun penjalanku penuh dengan rintangan..
andai kata aku DAPAT warna yang kau pinta itu, jangan la kau sesekali tidak penah mhargainya.jaga la warna itu baik-baik seperti mana kau menjaga diri kau sendiri dan kau warnai la kehidupan mu supaya aku dapat mlihat hasil titik peluh ku selama ini dan pelbagai rintangan yang ku telah tempuhi untuk mendapatknya kerna aku mahu melihat kau selalu tersenyum dan bahagia disampingku kelak kerna aku tak sanggup melihat kau derita dan terseksa atas kehidupan mu kerna aku lah sang pencinta mu...
5 comments:
aku nak order warna warni.. ko supply ker?
cop cop biruuu... hehehe
arr..
saya nak kaler ijau.
leh?
ngeee~~~
semoga kau akan bertemu warna yang kau idamkan..:)
indah kata2 dlm entry ni, =)
Post a Comment