assalamualaikum dan selamat pagi..
sayu rasa hati ku hari ni bila mendapat perkabaran dari kawan baik ku asraf yang telah kehilangan orang tersayang iaitu ayahdanya yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam tadi kerana serangan jantung.aku mengucapkan takziah kepada asraf dan keluarganya atas pemergian ayahda tersayang,smoga arwah sentiasa dicucuri rahmat,diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. kawan-kawan blogger, marilah sama2 kita sedekah al-fatihah kepada arwah...AL-FATIHAH....
setiap yang hidup pasti akan mati tidak ada yang terkecuali, begitu juga dengan aku dan semua kawan-kawan ku. ingat lah kamu, mati akan menjemput mu cuma tidak tahu bila, bagaimana dan dimana.hanya DIA yang tahu akan semua ketentuan illahi dan takdir kita telah tertulis.
HARGAILAH ORANG TERSAYANG SELAGI DIA MASIH HIDUP DAN MASIH LAGI ADA DIDEPAN MATA KITA.JANGAN PENAH ABAIKAN MEREKA DAN INGATLAH SETIAP PENGORBANANNYA.
KADANG2 BILA DIA ADA DIDEPAN MATA, KITA RASA DIA MACAM TAKDA TAPI BILA DIA DAH TAKDA DIDEPAN MATA, BARU LAH KITA AKAN TAHU SEGALANYA.....