javascript:void(0) Save

pikir sejenak


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya

Pelajar : guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
"Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".

Maka masuklah pelajar ke dalam hutan dan keluarlah dia tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab pelajar:

"Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa."

Guru itupun berkata : "Itulah cinta"

Lalu pelajar pun bertanya apakah makna perkahwinan?

Guru pun menjawab:

"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."

Maka masuklah pelajar ke dalam hutan dan keluarlah dia dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab pelajar:

"Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya...tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan...akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah."

guru berkata : "Itulah makna perkahwinan."

Kesimpulannya :-
janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Cuma jika kita dapat yang kurang baik bentuk la dia supaya mjadi baik dan jika kita dapat yang baik bentuk la dia supaya jadi yang lebih baik.hargai la setiap ketentuan dan anugerah yang telah diberikan.pokok yang cantik dan segar tak semesti nya baik dan pokok yang tidak segar dan cantik kdang2 itu la yg tbaik buat kita.insyallah...

8 comments:

hanis said...

insafnyer aku.... tapi salahkan jika kita mencari kesempurnaan (sempurna pada kaca mata kita walaupun hakikatnye sifat sempurna tu mmg tiada pada kita)

@xiM said...

citer yang simple tapi punyai maksud yang mendalam..

sparkystar said...

hanis
ksempurnaan tu hanya smentara didunia,blaja la dari ksilapan dan hargai la stiap yg pgorbananya.

axim
thanks for your comment,hargai apa yg ada didepan mata dan jgn tlalu mmlih ttg sesuatu yg tak pasti.

Unfiltered-Madness said...

oh... pohon yg sesuai untuk diriku mana ker dikau? (4 pun blh!!!)

cik manis said...

i'm touched ok..buatkn sy lebih mnghrgai apa yg dimilki..

sparkystar said...

anak malaysia
kau nak pohon yg macm mane??

cik manis
bgus la lau mgerti mksud nye.sbelum dia patah n layu.jaga la dia baik2.

*mhud* said...

huhu..dalamnya maksud die..
tapi zaman skrg ni mcm2 jenis org.ada yang ok dan ada yg tidak.tak tau yg mana akan jd milik kitakan.Allah s.w.t berfirman

'lelaki yang baik akan mendpt perempuan yg baik'.'lelaki yg tidak baik akan mendpt yg tidak baik la' .so fikir2kanlah dan selamat beramal.. :)

sparkystar said...

magnetto
thanks,ape pun yg diberi n ditentukn kt cuma redha n bsyukur.